PENGENALAN
Assalamualaikum w.r.t,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan keturunan baginda sekalian.
KOPERASI PENGUSAHA DAN PENGILANG UBI SELANGOR BERHAD telah didaftarkankan pada 17hb. Januari 2009 dengan Bil.Daftar:B-5-0598 bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan IKS membangunkan perniagaan dan kemahiran melakukan proses pengeluaran produk secara lebih efektif. Kilang kami beroperasi di alamat No.3, Jalan Kuini, Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek Sepang, Selangor. Nama koperasi UBI dipilih kerana ianya merupakan produk pertanian utama yang kami usahakan dan bahan mentah juga mudah diperolehi di kampung ini. Ubi kayu merupakan makanan tradisi keluarga semasa zaman perang Jepun dahulu seperti yang diceritakan oleh datuk nenek kami dan ianya mempunyai banyak khasiat. Selain mengeluarkan produk berasaskan ubi kayu, kilang kami juga memproses produk IKS seperti pisang tanduk, keledek, keladi, produk bakeri dan makanan sejuk beku. Produk-produk keluaran kami telah berjaya menembusi pasaran luar negara namun atas faktor kekurangan bekalan bahan mentah yang banyak dan permintaan pasaran tempatan yang semakin meningkat maka pasaran ke luar negara terpaksa dihentikan. Kini kilang kami lebih fokus kepada pengeluaran produk berasaskan ubi kayu dan membantu pengedaran produk IKS ahli koperasi ke seluruh Malaysia.
Kami sedia membantu dan memberi latihan kepada usahawan-usahawan baru yang berminat menceburi bidang keusahawanan produk hiliran terutamanya kerepek. Pusat latihan usahawan IKS kami telah berjaya melatih lebih daripada 2000 peserta dari pelbagai agensi sejak tahun 2007.
3P = Pengurusan. Penumpulan. Pengedaran.