CERITA UBI KAYU
Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda, singkong (Indonesia) dan cassava (bahasa Inggeris). Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Kalau sebut ubi kayu pasti tersingkap lembaran sejarah di saat kedatangan tentera Jepun dalam perang dunia kedua. Orang-orang di Tanah Melayu sukar mendapat makanan dan semuanya makan ubi kayu. Bagi generasi selepas merdeka mungkin tidak melaluinya. Kenangan itu sering disebut-sebut oleh ibubapa kita maka ramai yang tahu ubi kayu sebagai makanan era perang. Anak-anak zaman sekarang kalau sebut ubi kayu semuanya geleng kepala. Kalau ubi rebus semua mencebikkan bibir apalagi orang bandar mereka lebih gemar pizza hut atau kfc sahaja. Ramai tidak tahu ubi kayu adalah makanan yang baik untuk dimakan semasa menjalani ibadah puasa atau bagi mereka yang sedang mengamalkan diet pemakanan.
Nilai ubi kayu sekarang boleh dikatakan agak mahal, semasa musim perayaan dulu harga ubi kayu lebih mahal dari ubi kentang kerana permintaan tinggi dari pengusaha-pengusaha makanan ringan untuk dijadikan kerepek. Jadi zaman sekarang, ubi kayu bukan makanan bertaraf rendah atau makanan orang miskin, tetapi ia satu sumber makanan penting yang boleh menjana ekonomi keluarga dan negara terutama dalam bidang pertanian.
KHASIAT
Ubi kayu mengandungi sumber karborhidrat yang tinggi dan ketiga terbesar di dunia untuk memberi badan kita tenaga yang banyak dimana ianya menjadi hidangan kepada lebih 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan. Tambahan pula ubi kayu memiliki kadar kolesterol dan lemak yang rendah. Ini bermakna ubi kayu adalah makanan yang baik untuk menambah berat badan secara sihat.
Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai serat pemakanan yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol, risiko penyakit kardiovaskular, mengurangkan kadar kanser usus serta membantu mencegah penyakit kencing manis dan penyakit jantung.
Ubi kayu bebas daripada gluten maka sangat sesuai bagi orang yang mengidap penyakit celiac, sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil dan gangguan penyerapan nutrien daripada makanan. Makan ubi kayu merupakan altenatif bagi orang yang alah kepada makanan dari tepung gandum yang mengandungi banyak gluten.
Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ubi kayu boleh digunakan untuk bancuhan mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu hamil. Ubi kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B6), riboflavin dan asid pantothenic. Daun muda ubi kayu atau pucuk ubi adalah sumber protin pemakanan dan vitamin K yang mempunyai peranan yang berpotensi dalam struktur jisim tulang dengan menggalakkan aktiviti perawatan dalam tulang. Ia juga berupaya memainkan peranan dalam rawatan pesakit Alzheimer dengan menghadkan kerosakan neuron di dalam otak.
Daun muda atau pucuk ubi mengandungi lebih linamarin berbanding dengan ubi kayu. Linamarin adalah sejenis bahan cynogen (racun) yang berfungsi untuk melindungi pokok dan ubi kayu daripada dimakan oleh serangga atau haiwan. Untuk membuang kandungan cynogen, daun muda dan ubi kayu hendaklah diproses dengan betul sebelum dimakan. Ketika dimasak, cyanide yang terbentuk akan dilepaskan ke udara kerana sifat toksin ini tidak menentu (volatile). Kaedah pemprosesan yang betul memastikan kandungan cynogen dalam ubi kayu dalam kadar yang boleh diterima.
Ubi kayu juga mengandungi phyto-kompaun dikenali sebagai saponin yang bertindak balas sebagai steroid semulajadi. Apabila kompaun diekstrak dari ubi kayu, ia membuat sabun yang semulajadi atau syampu. Saponin membantu untuk mengurangkan keradangan terutamanya di bahagian sendi dan di dalam badan secara umum. Ubi kayu sering digabungkan ke dalam formula untuk merawat keadaan radang seperti keadaan artritis dan reumatoid. Kajian menyebut bahawa ubi kayu mempunyai keupayaan untuk memecahkan deposit mineral dan bukan organik. Ini bermakna, ubi kayu membantu untuk memecahkan atau menghalang terbinanya kapur batu karang, batu karang hempedu atau klasifikasi sendi. Ia juga boleh membantu pemulihan gejala seperti radang prostat.
Ubi kayu yang digabungkan dengan beras boleh membantu menyejukkan badan dalam perubatan tradisional India. Gabungan diperlukan kerana ubi kayu sahaja tidak memiliki ciri-ciri kesihatan yang lengkap. Walaupun ubi kayu menjadi makanan sihat diet, ia hanya diperlukan untuk menjadi sebahagian sahaja dan bukan keseluruhan. Tiada satu bahan boleh dianggap sebagai sumber makanan untuk semua atau merawat segalanya, ia perlu digabungkan dengan pelbagai bahan lain.
PENANAMAN
Menanam ubi kayu dikatakan senang dan mudah kepada mereka yang selalu melakukannya. Tanaman ini mudah tumbuh di kawasan tanah subur dan dijaga dengan baik.
Ubi kayu adalah tumbuhan berbatang, pohon lembut atau mudah patah. Ubi kayu berbatang bulat dan bergerigi yang terjadi dari bekas pangkal tangkai daun, bahagian tengahnya bergabus dan termasuk tumbuhan yang tinggi.
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 8 hingga 12 bulan.
Ubi kayu boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter. Pemeliharaannya mudah dan produktif. Ubi kayu dapat tumbuh subur di daerah yang berketinggian 1200 meter di atas permukaan air laut. Daun ubi kayu memiliki tangkai panjang dan helaian daunnya menyerupai telapak tangan dan tiap tangkai mempunyai daun sekitar 3 hingga 8 lembar. Tangkai daun tersebut berwarna kuning, hijau atau merah.
Ubi kayu yang sesuai untuk dibuat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya berwarna kuning dan berumur tiada lebih dari 8 bulan. Ubi kayu yang isinya berwarna putih tidak sesuai untuk dibuat kerepek. Jika dibuat kerepek juga rasanya keras lebih-lebih lagi yang sudah tua jadi kayu. Ubi kayu isi putih amat sesuai untuk dibuat kuih-muih seperti bingka, pengat, tapai dan pelbagai jenis kuih tradisional melayu yang lain.
PETUA
Kepada anda yang nak menanam ubi kayu supaya isinya lebih banyak dan berkualiti tinggi, gunakan petua ini. Tidak perlu keluar modal sesen pun, cuma guna sedikit tenaga, hasilnya 2 hingga 3 kali ganda akan diperolehi.
Pertama : Ambil batang ubi kayu, potong-potong dan simpan di tempat sejuk 1 hingga 2 hari sehingga getahnya hilang.
Kedua : Belah dua atau empat bahagian bawah batang ubi yang telah dipotong untuk dijadikan benih tanaman tadi. Bukakan belahan, sekang dengan batu kecil atau apa-apa bahan supaya kelihatan terkangkang sedikit bahagian belahan tadi.
Ketiga : Tanamlah batang ubi kayu tadi di atas batas atau lubang tanaman yang telah digembur tanahnya.
Penjagaannya : Jangan biarkan batang ubi kayu yang baru tumbuh lebih daripada satu batang pokok. Jika lebih, hendaklah dicantas atau dibuang. Biarkan hanya satu batang induk pokok ubi kayu yang tumbuh membesar.
Selepas 8 bulan anda cabut ubi kayu tadi dan lihatlah hasilnya. Pasti isi ubi kayu akan lebih banyak, besar dan padat.
Jika anda yakin boleh mencuba, kalau tidak yakin lupakan sahaja. Sekian.